Kawasan terjejas Banjir Malaysia awal 2023

Johor

Mangsa banjir mula dipindahkan di Johor pada 24 Januari melibatkan 298 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.[2] Pada 25 Januari, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada lebih empat ribu orang dengan tiga daerah baharu terjejas.[3] Situasi banjir di Johor beransur pulih bermula 30 Januari apabila jumlah mangsa banjir telah menurun kepada 800 orang pada 4 Februari.[4] Pada 9 Februari, banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Segamat telah ditutup.[5]

Sabah

Pada 24 Januari, 65 mangsa banjir mula dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Paitan, Pitas.[6] Pada 26 Januari, jumlah mangsa banjir meningkat kepada lebih enam ribu orang di empat daerah.[7] Pada 29 Januari, mangsa banjir mula menurun kepada seribu orang dengan keadaan cuaca yang bertambah baik.[8] Pada 6 Februari, banjir di Sabah telah pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup.[9] Pada 14 Februari, Sabah sekali lagi dilanda banjir iaitu di Penampang dengan 35 orang dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.[10]

Pahang

Empat pusat pemindahan di Rompin mula dibuka pada 24 Januari menempatkan 286 mangsa banjir daripada 84 keluarga.[11] Keadaan banjir di Pahang mula beransur pulih pada 30 Januari dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka menempatkan 27 orang.[12] Pada 6 Februari, Pahang kembali dilanda banjir apabila 1,310 mangsa banjir mula ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan.[13] Pada 8 Februari, sebuah pusat pemindahan dibuka di Jerantut menempatkan 12 orang manakala semua pusat pemindahan di Pekan telah ditutup.[14] Pada 9 Februari, dua pusat pemindahan dibuka di Raub dan Maran menempatkan 41 mangsa banjir.[15] Pada 11 Februari, banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Maran telah ditutup.[16]

Sarawak

Dua pusat pemindahan mula dibuka di Kuching pada 26 Januari menempatkan 53 mangsa banjir daripada 16 keluarga.[17] Pada 28 Januari, semua pusat pemindahan telah ditutup. Pada 3 Februari, Sarawak kembali dilanda banjir dengan 72 mangsa mula dipindahkan di dua pusat pemindahan di Padawan.[18] Dua pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[19]

Terengganu

50 mangsa banjir mula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Besut pada 26 Januari.[20] Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang pada 28 Januari. Pada 7 Februari, Terengganu kembali dilanda banjir dengan 28 orang dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Kemaman.[21] Dua pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[22]

Kedah

Sebuah pusat pemindahan dibuka pada 3 Februari di Bandar Baharu menempatkan 15 mangsa banjir.[23] Pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[19] Pada 6 Februari, 32 penduduk telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Kulim.[24] Pusat pemindahan itu telah ditutup pada 9 Februari.[25]

Pulau Pinang

59 mangsa banjir mula ditempatkan di dua pusat pemindahan di Seberang Perai Utara dan Selatan pada 4 Februari. Semua pusat pemindahan tersebut ditutup pada petang hari yang sama.[26]

Kelantan

Pada 5 Februari, enam keluarga telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Rantau Panjang akibat kenaikan air Sungai Golok.[27] Pada 7 Februari, situasi banjir beransur pulih selepas 28 mangsa banjir dibenarkan pulang.[28]

Rujukan

WikiPedia: Banjir Malaysia awal 2023 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mangsa-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-p... https://sabahmedia.com/2023/02/06/banjir-di-sabah-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01...